Thursday, February 17, 2011

Zafrul Budak Maybank Paling Biadap Bakal Tinggalkan Maybank Investment Jun 2011?

Zafrul Budak Maybank Paling Biadap Bakal Tinggalkan Maybank Investment Jun 2011?

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dijangka meninggalkan Maybank Berhad sebaik kontrak beliau genap setahun pada Jun 2011. Menurut maklumat yang diterima, Ahli Lembaga Pengarah Maybank secara tidak ...rasminya telah bersetuju dengan saranan pengurusan Maybank agar kontrak Tengku Zafrul dikaji semula menjelang genap perkhidmatannya selama setahun yang menjelang Jun 2011.


Pada minggu lalu Tengku Zafrul dipanggil menghadap oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Berhad, Dato Seri Abdul Wahid Omar berikutan kenyataan beliau bahawa pasaran tidak gembira dengan keputusan perlantikan Tan Sri Isa sebagai pengerusi Felda.

Abdul Wahid dilaporkan meminta Zafrul menyediakan bukti dan fakta bagi menyokong dakwaan beliau tersebut.

Menurut sumber yang dekat dengan Wahid, Maybank memandang serius kenyataan ketua bahagian unit pelaburannya itu kerana ia dilihat tidak boleh dipertahankan dan tidak berasaskan sebarang sentimen pasaran saham negara. Wahid Omar dikatakan turut memberi surat tunjuk sebab kepada Zafrul mengenai kenyataan beliau dalam Forum Ideas tersebut.

Dalam pertemuan tersebut juga Zafrul secara lisan menafikan beliau membuat sebarang kenyataan yang membawa implikasi beliau mempertikaikan perlantikan Tan Sri Isa kerana pernah dihukum bersalah dalam kempen pemilihan UMNO 2004. Sungguhpun belum menjawab surat tunjuk sebab, kebanyakan ahli lembaga pengarah Maybank dikatakan sependapat bahawa Zafrul harus meninggalkan Maybank Investment.

Mykmu sebelum ini mempertikaikan kenyataan Tengku Zafrul yang mengkritik keputusan kerajaan melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. Zafrul yang sebelum ini dilihat sebagai “budak suruhan Khairy” dalam isu ECM Libra – Avenue Capital merupakan segelintir anak muda Melayu yang naik kerana sokongan dan dokongan kerajaan hari ini menganggap dasar membantu orang Melayu sebagai ketinggalan zaman dan tidak pro- perniagaan.

Sungguhpun Zafrul ditonjolkan sebagai anak muda yang berjaya dan mendapat kedudukan hebat dalam bidang korporat, namun blogger A Voice mendedahkan bahawa kenaikan mendadak zafrul sejak beberapa tahun lalu jelas bertunjangkan ruang-ruang dan kaitan politik dan pegawai kanan kerajaan. (baca sini: http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/02/tengku-zafrul-maybanks-wrong-signal-to.html).

Zafrul sebelum ini dilantik menjadi CEO Maybank Investment pada Jun 2010.

sumber : Mykmu.net
See more

ANAK

ADAKAH KITE SEMUA LUPA BAGAIMANA IBU KITA MELAHIR KAN KE DUNIA INI??? 9BULAN 10HARI KITA DALAM KANDUNGAN IBU KITA.. TAPI KITA SEMUA DAH DEWASA DAN ADA SETENGAH DARI KITA DAH MENDIRI KAN RUMAH TANGGA DAN KITA SEMUA LUPA DAN MELAKU KAN DOSA DENGAN MELAWAN CAKAP DAN PERBUATAN PADA IBU KITA PADA MASA KINI.. YA ALLAH AMPUN KAN LAH DIRI KU INI DAN HAMBA2 MU YANG LALAI TANGGUNG JAWAB PADA IBU KITA..

Saturday, February 5, 2011

pendekar bujang lapok 11 last part

pendekar bujang lapok part 10

pendekar bujang lapok part 9

pendekar bujang lapok part 8

pendekar bujang lapok part 7

pendekar bujang la[pok part 6

pendekar bujang lapok part 4

pendekar bujang lapok part 5

pendekar bujang lapok part 3

pendekar bujang lapok part 3

pendekar bujang lapok part 2

pendekar bujang lapok part 1

Tuesday, February 1, 2011

perbezaan d antara artis barat ngan artis d malaysia

apakah perbezaan cara idup artis malaysia ngan artis d barat.. i rase artis di malaysia seperti di anak tiri kan oleh sesebuah production utk drama or filem dyeowg.. sepatut ye artis extra tidak di anak tiri kan seperti perbayaran payment.. rm50 pada sekarang tidak mencukupi n tidak bernilai.. naek kan payment utk artis extra kerana artis extra gak mempunyai peranan yg penting dalam sesebuah drama,telemovie, or filem..
Tanpa artis extra x ada guna ye.. apakah kejadah semua nie?? tolong lah fikir2kan..

Kes Jadi Iktibar- SENIMAN

KUALA LUMPUR- Artis Malaysia perlu mengambil iktibar di atas hukuman penjara dan denda terhadap vokalis Ariel Peterpan selepas didapati bersalah membuat dan mengedarkan video pornografi melibatkan dirinya dengan dua kekasihnya yang juga artis, Luna Maya dan Cut Tari..
Presiden Persatuan Malaysia(SENIMAN) Harun Salim Bachik berkata, kes itu menjadi pengajaran agar semua artis tidak mengaibkan diri sendiri dan menghormati undang-undang.
"Seniman mengingatkan semua artis tidak terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti itu kerana ia akan mencemarkan nama diri sendiri, masa depan dan keluarga," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Justeru, Harun mengajak rakan-rakan artis merenung kesusahan yang dialami untuk membina karier masing-masing dan jangan merosakkannya semata-mata kerana perlakuan sumbang.
"Kita hanya memerlukan satu tindakan kurang wajar dalam tempoh yang singkat untu menghancurkan karier kita," katanya.

Monday, January 31, 2011

sexy maut




Asmara songsang di hotel besar

Artis lelaki yang sorang ni tak habis-habis dengan kontroversinya sejak akhir-akhir ini. Tak tahulah apa yang dia cari dalam hidup dan dalam kerjaya seni dia. Cari kemewahan kut sehingga sanggup gadaikan segala-galanya.
Jangan terus hanyut dik...
Kita terkejut juga bila dengan cerita kurang enak pasal artis yang Kita minat jugalah sebab semasa awal kemunculan dulu nampak dia macam ada potensi untuk melangkah lebih jauh dalam bidang seni ni. Bila dah mula ada hal macam-macam ni tak tahulah pulak apa nak jadi selepas ini.
Kita sebenarnya payah nak percaya apabila orang cakap artis ni sanggup jalani hidup songsang sebab mahu hidup dengan kelihatan mewah. Tapi bila saksinya tu... kawan kita sendiri, kita kena percayalah sebab dia tak pernah berbohong selama ini.

Lagi satu apa pasal pulak dia nak berbohong sebab dia tak ada kena mengena dengan artis yang sorang ni. Bukan dia dapat untung pun kalau artis tu jatuh merudum namanya. Apa dia nak kisah.
Kawan Kita tu nampak sendiri si artis masuk bilik hotel besar secara curi-curi untuk berjumpa seseorang yang berada. Macam ni ceritanya.
Pada suatu hari ada seorang yang berkedudukanlah sebab bisnesnya berjaya mendaftar masuk ke sebuah hotel. Biarlah... tak kisahlah kalau dia nak bermalam di hotel. Dia ada duit apa salahnya. Tapi rupa-rupanya secara diam-diam si artis muda yang sama jantina itu naik terus ke biliknya bila kunci dah dapat.
Dari level parkir dia terus naik ke atas dan bersama-sama dalam bilik. Itu yang membuatkan orang cuak. Bukannya artis tu tak ada rumah sewaan di Kuala Lumpur ni. Dia ada rumah. Tapi agaknya mereka mahu bermesra tanpa ada gangguan. Sebab itulah pilih hotel.
Apa yang berlaku di dalam bilik tu tak ada yang tahulah. Tapi semestinya ia menimbulkan tandatanya kawan Kita yang lihat tu.
Kita: Tak sanggup lah nak tanyakan kesahihan kepada artis tu. Nanti sentap pulak.

BN MENANG BESAR

LABIS 30 Jan. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.
Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.
Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.
BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.
Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.
Kemenangan calon BN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Md. Asri Amir di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, pukul 10.02 malam ini.
Menurut Md. Asri, sebanyak 67 peratus daripada keseluruhan 14,753 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ini.
"Maka, saya dengan ini mengisytiharkan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan DUN Tenang," katanya.
Peratusan keluar mengundi hari ini rendah disebabkan hujan lebat yang tidak henti-henti di seluruh kawasan DUN Tenang sejak awal pagi hingga tamat tempoh mengundi pukul 5 petang.
Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.
Pada PRU12, Allahyarham mendapat 6,367 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran yang memperoleh 3,875 undi.
Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN yang berada di dalam dan luar dewan sebelum beliau turut dijulang bagi meraikan kemenangan itu.
Turut meraikan kemenangan Mohd. Azahar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Tenang.
Selain itu, turut hadir meraikan kemenangan BN tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Bagaimanapun, Normala dan para pemimpin Pas lain tidak kelihatan di dalam dewan ketika pengumuman itu.
Ketika ditemui kemudiannya, Mohd. Azahar mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau menjadi wakil rakyat DUN Tenang.
Menurutnya, beliau akan memikul amanah itu dengan sebaik-baiknya bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.
Mohd. Azahar juga akan berusaha memastikan setiap janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil ini ditunaikan secepat mungkin.
"Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan juga kepada jentera BN yang bekerja keras siang dan malam. Insya-Allah saya akan berkhidmat sebaik mungkin sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.
"Tugasan pertama saya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir," katanya.

Wednesday, January 26, 2011

MASA DEPAN AKU

                     Fungsi Rumah Aktor Seniman


SERAMAI 30 pelajar meraih peluang untuk menimba ilmu di bawah kelolaan Rumah Aktor Seniman.


BAGI melahirkan pelapis-pelapis baru dalam dunia lakonan yang berilmu, berkualiti, mampan dan mantap, Persatuan Seniman Malaysia, telah memperkenalkan Rumah Aktor Seniman yang bertujuan untuk memberi pengkhususan ilmu lakonan yang penuh kehalusan seni dan etika.
Kursus yang menawarkan program latihan peringkat sijil itu akan diadakan dalam jangka masa 13 minggu iaitu lapan jam setiap minggu.
Seramai 30 orang pelajar akan menjalani kursus tersebut yang akan diadakan di Taman Budaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran melalui penglibatan secara telus daripada pihak industri dan tenaga pengajar profesional serta jalinan kerjasama dari Aswara.
Para pelajar akan turut dilatih untuk memantapkan penggunaan vokal dan mengenali perasaan serta deria rasa selain memberi latihan langsung melalui monolog untuk membantu pelajar cara menghafal dan memahami maksud dialog dan perwatakan.
Sebanyak empat mata pelajaran akan diikuti oleh semua pelajar iaitu teori, pergerakan, vokal dan persembahan serta asas lakonan.
Bagi menjayakan kursus tersebut, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik akan memegang peranan sebagai penasihat, manakala penyandang jawatan pengarah projek ialah Yusof Kelana dan pelakon berpengalaman, Zul Huzaimi pula dilantik sebagai pengetua Rumah Aktor Seniman.
Menurut Harun, pelajar yang sedia ada telah diuji bakat terlebih dahulu dan bukan semua yang hadir terpilih untuk mengikuti kursus itu.
"Kami tidak ambil sebarangan. Semuanya melalui uji bakat dan kami juga tidak mahu ambil dalam bilangan yang ramai kerana bimbang sukar untuk memberi fokus kepada pelajar nanti.
"Sememangnya ramai yang ingin menjadi pelakon terutama golongan remaja dan dalam program ini, kami tidak mahukan pelajar yang hanya inginkan populariti kerana apa yang penting ialah bakat yang terpendam dalam diri mereka.
ZUL HUZAIMI (dua dari kiri) diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengetua Rumah Aktor Seniman.


"Saya tidak mahu mereka semua hanya belajar ala kadar kerana saya mahu mereka menjadi pelakon yang bagus," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran Rumah Aktor Seniman di Finas, baru-baru ini.
Sementara itu, Zul Huzaimi yang memikul tanggungjawab selaku pengetua memberitahu, kebanyakan pelajar yang menyertai kursus itu mempunyai bakat lakonan, namun mereka tidak menyedari akan anugerah itu.
"Bagi saya, apa yang penting ialah matlamat mereka untuk menjadi pelakon. Dalam masa yang sama, saya juga ingin menghasilkan pelakon yang mempunyai pemikiran dan berilmu.
"Saya akui saya memikul satu tanggungjawab yang amat besar untuk melahirkan pelakon yang berilmu dan berkualiti dan saya juga ingin melahirkan rasa bangga kerana masih ada lagi generasi yang mahukan ilmu," jelasnya dengan serius.
Kursus tersebut telah bermula sejak 22 Januari lalu dan selepas tamat, mereka yang ingin meneruskan pengajian perlu menduduki ujian sebelum meneruskan pembelajaran mereka di Aswara.