Thursday, February 17, 2011

Zafrul Budak Maybank Paling Biadap Bakal Tinggalkan Maybank Investment Jun 2011?

Zafrul Budak Maybank Paling Biadap Bakal Tinggalkan Maybank Investment Jun 2011?

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dijangka meninggalkan Maybank Berhad sebaik kontrak beliau genap setahun pada Jun 2011. Menurut maklumat yang diterima, Ahli Lembaga Pengarah Maybank secara tidak ...rasminya telah bersetuju dengan saranan pengurusan Maybank agar kontrak Tengku Zafrul dikaji semula menjelang genap perkhidmatannya selama setahun yang menjelang Jun 2011.


Pada minggu lalu Tengku Zafrul dipanggil menghadap oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Berhad, Dato Seri Abdul Wahid Omar berikutan kenyataan beliau bahawa pasaran tidak gembira dengan keputusan perlantikan Tan Sri Isa sebagai pengerusi Felda.

Abdul Wahid dilaporkan meminta Zafrul menyediakan bukti dan fakta bagi menyokong dakwaan beliau tersebut.

Menurut sumber yang dekat dengan Wahid, Maybank memandang serius kenyataan ketua bahagian unit pelaburannya itu kerana ia dilihat tidak boleh dipertahankan dan tidak berasaskan sebarang sentimen pasaran saham negara. Wahid Omar dikatakan turut memberi surat tunjuk sebab kepada Zafrul mengenai kenyataan beliau dalam Forum Ideas tersebut.

Dalam pertemuan tersebut juga Zafrul secara lisan menafikan beliau membuat sebarang kenyataan yang membawa implikasi beliau mempertikaikan perlantikan Tan Sri Isa kerana pernah dihukum bersalah dalam kempen pemilihan UMNO 2004. Sungguhpun belum menjawab surat tunjuk sebab, kebanyakan ahli lembaga pengarah Maybank dikatakan sependapat bahawa Zafrul harus meninggalkan Maybank Investment.

Mykmu sebelum ini mempertikaikan kenyataan Tengku Zafrul yang mengkritik keputusan kerajaan melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. Zafrul yang sebelum ini dilihat sebagai “budak suruhan Khairy” dalam isu ECM Libra – Avenue Capital merupakan segelintir anak muda Melayu yang naik kerana sokongan dan dokongan kerajaan hari ini menganggap dasar membantu orang Melayu sebagai ketinggalan zaman dan tidak pro- perniagaan.

Sungguhpun Zafrul ditonjolkan sebagai anak muda yang berjaya dan mendapat kedudukan hebat dalam bidang korporat, namun blogger A Voice mendedahkan bahawa kenaikan mendadak zafrul sejak beberapa tahun lalu jelas bertunjangkan ruang-ruang dan kaitan politik dan pegawai kanan kerajaan. (baca sini: http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/02/tengku-zafrul-maybanks-wrong-signal-to.html).

Zafrul sebelum ini dilantik menjadi CEO Maybank Investment pada Jun 2010.

sumber : Mykmu.net
See more

No comments:

Post a Comment